Pengeluaran epal Epal

Pembiakan epal

Bunga epal dari varian Ayrshire lama

Di alam liar, pokok epal agak mudah bercambah dari benih, tetapi sama dengan buah-buahan saka, epal biasanya membiak secara asepsis dengan bercantum, kerana kecambah epal merupakan sejenis "heterzigot melampau", iaitu tidak mewarisi DNA dari induk untuk menghasilkan epal baru dengan sifat-sifat induk, sebaliknya menjadi berbeza sangat dari induknya.[24] Kebanyakan kultivar epal baru memulakan kitaran hidup sebagai kecambah yang wujud secara kebetulan atau dibiakkan dengan menyilangkan kultivar yang mempunyai ciri-ciri yang diingini.[25] Pokok epal juga boleh tumbuh tunas ganjil (mutasi pada satu dahan) yang merupakan strain yang diperbaharui dari kultivar induk, ataupun membentuk kultivar baru yang jauh berbeza dari pokok induk.[26]

Penanam epal menghasilkan epal yang lebih kukuh menerusi proses penyilangan.[27] Misalnya, sejak 1930-an, Stesen Ujikaji Excelsior di Universiti Minnesota telah memperkenalkan kultivar epal lasak penting yang ditanam secara meluas di seluruh negeri Minnesota dan Wisconsin, baik secara komersil mahupun untuk kegunaan sara diri. Antara kultivar-kultivar baru itu termasuk 'Haralson' (tanaman epal yang paling meluas di Minnesota), 'Wealthy', 'Honeygold', dan 'Honeycrisp'.

Tanaman epal juga disesuaiiklimkan di kawasan beraltitud tinggi di Ecuador, di mana ia berbuah dua kali setahun kerana keadaan beriklim sederhana sepanjang tahun.[28]

Pendebungaan

Pokok epal berbungaLebah Orchard Mason hinggap di atas bunga epal di British Columbia, Canada.

Pokok epal perlu didebunga silang untuk berbuah. Pada setiap musim berbunga, petani epal menyediakan pendebunga untuk mengangkut debunga, seperti lebah madu. Lebah Orchard Mason turut digunakan sebagai pendebunga tambahan dalam dusun epal komersil. Adakalanya, ratu kumbang dengung hadir dalam dusun, tetapi tidak mengangkut jumlah yang cukup untuk menjadi pendebunga yang penting.[26]

Pokok epal terbahagi kepada empat hingga tujuh kumpulan pendebungaan mengikut iklim:

  • Kumpulan A – Berbunga awal musim, 1 hingga 3 Mei di England (Gravenstein, Red Astrachan)
  • Kumpulan B – 4 hingga 7 Mei (Idared, McIntosh)
  • Kumpulan C – Berbunga tengah musim, 8 hingga 11 Mei (Granny Smith, Cox's Orange Pippin)
  • Kumpulan D – Berbunga tengah/akhir musim, 12 hingga 15 Mei (Golden Delicious, Calville blanc d'hiver)
  • Kumpulan E – Berbunga akhir musim, 16 hingga 18 Mei (Braeburn, Reinette d'Orléans)
  • Kumpulan F – 19 hingga 23 Mei (Suntan)
  • Kumpulan H – 24 hingga 28 Mei (Court-Pendu Gris)

Satu kultivar boleh didebungakan oleh kultivar yang serasi dari kumpulan yang sama atau dekat dengannya (A sama A, atau A sama B, tetapi bukan A sama C atau D).[29]

Pematangan dan pemetikan

Kultivar epal berbeza dari segi kadar hasil dan saiz mutlak pokoknya, walaupun tumbuh di atas pokok penanti yang sama. Ada sesetengah kultivar, pokoknya akan tumbuh menjadi amat besar jika dibiarkan tanpa dipangkas, sehingga boleh lebih berbuah lagi, tetapi menyukarkan kerja memetik buah. Pokok yang matang biasanya mampu berbuah 40–200 kilogram (88–441 lb) setahun. Buah epal dipetik dengan menggunakan tangga tiga penjuru yang direka untuk melalui celah-celah dahan pokok. Pokok kerdil boleh berbuah 10–80 kilogram (22–176 lb) setahun.[26]

Penyimpanan

Buah epal untuk tujuan komersil boleh disimpan selama berbulan-bulan dalam bilik beratmosfera terkawal untuk menangguhkan bermulanya proses menjadi masak yang teraruh oleh etilena. Buah-buah epal biasanya disimpan dalam bilik yang mengandungi karbon dioksida yang lebih pekat dengan pengembungan udara yang tinggi untuk menghalang kepekatan etilena daripada mencecah jumlah yang lebih tinggi serta memperlahankan proses menjadi masak. Buah epal masih meneruskan proses menjadi masak walaupun dipetik.[30]Untuk simpanan dalam rumah, kebanyakan jenis epal boleh disimpan selama kira-kira dua minggu apabila disimpan di bahagian paling sejuk dalam peti sejuk (iaitu di bawah 5 °C). Ada juga kultivar epal yang lebih tahan lama, termasuk Granny Smith dan Fuji.[31]

Perosak dan penyakit

Daun epal yang teruk dirosakkan oleh serangga

Pokok epal terdedah kepada beberapa penyakit kulat dan bakteria serta ancaman serangga perosak. Kebanyakan dusun komersil menjalankan rancangan menyembur kimia secara agresif untuk memastikan mutu tinggi buah, kesihatan pokok, dan kadar hasil yang tinggi, tetapi kaedah organik semakin disambut baik dalam pengurusan dusun kerana menggunakan cara yang kurang agresif, yang mana kimia kuat tidak digunakan kerana dikhuatiri mengancam kesihatan pokok pada jangka masa lama, sebaliknya kaedah organik termasuk menggalakkan kitar pertanian tertentu atau membendung pembiakan hidupan perosak tertentu.

Untuk membendung perosak tertentu, penanam organik usah membunuh terus perosak itu sehingga menjejaskan biokimia semula jadi pokok epal, sebaliknya boleh menggalakkan kehadiran pemangsa semula jadinya. Epal organik biasanya lebih kurang sama sedapnya dengan epal yang dicucuk tanam secara kaedah biasa, tetapi rupanya tidak semenarik.[32]

Pokok epal terdedah kepada apa sahaja perosak dan penyakit, dan tiga daripadanya yang paling kerap ditemui adalah kulapuk, afid and hampas epal.

  • Kulapuk: Tompok kelabu muda bertempek bedak pada daun, pucuk dan bunga, biasanya timbul pada musim bunga. Bunganya bertukar warna menjadi kuning bak krim dan tidak berkembang dengan betul. Ini boleh dirawat dengan cara yang serupa dengan Botrytis, termasuk menghapuskan keadaan yang menyebabkan penyakit itu pada mulanya serta membakar and tumbuhan yang terjangkit.[33][33]
Afid sedang makan.
  • Afid: Terdapat lima spesies afid yang terdapat pada pokok epal, iaitu afid bijian epal, afid epal merah, afid epal, afid spirea dan afid epal berbulu. Spesies afid boleh dikenal pasti dengan warnanya, musim kehadirannya dan perbezaan pada kornikel, iaitu sepasang juluran di bahagian belakang afid.[33] Afid memakan dedaun dengan bahagian mulut seakan jarum untuk menghisap air tumbuhan. Spesies afid tertentu dalam bilangan yang banyak boleh membantutkan pertumbuhan dan kesuburan pokok.[34]
  • Hampas epal: Simptomnya termasuk tompok-tompok berwarna zaitun atau perang pada daun.[35] Tompok itu makin lama makin keperangan, kemudian hampas perang tumbuh pada buah epal.[33] Daun yang berpenyakit gugur awal dan buahnya semakin dilitupi hampas lalu merekah kulitnya. Walaupun ada kimia untuk merawat hampas, namun penggunaannya tidak digalakkan kerana mudah diserap oleh pokok lalu merebak ke dalam buah.[35]

Antara penyakit lebih serius yang dihadapi oleh pokok epal termasuk penyakit hawar perang bawaan bakteria; dan penyakit kulat seperti karat Gymnosporangium dan tompok hitam.[34] Pokok epal muda juga terdedah kepada ancaman mamalia perosak seperti tikus dan rusa yang memakan kulit kayu yang lembut, terutamanya pada musim sejuk.

Rekod

Guinness World Records melaporkan bahawa epal terbesar yang diketahuinya mempunyai berat 1.849 kg (4 lb 1 oz) dan pernah ditanam di bandaraya Hirosaki, Jepun pada tahun 2005.[36]

Rujukan

WikiPedia: Epal http://www.foodscience.csiro.au/refrigerated.htm http://www.bestapples.com/facts/facts_controlled.s... http://www.bestapples.com/healthy/ http://www.calpoison.com/public/food.html#Ecoli http://www.foodsdatabase.com/LinkedLabel.aspx?Food... http://www.fruitgrowersnews.com/pages/2004/issue04... http://forums.gardenweb.com/forums/load/harvest/ms... http://books.google.com/?id=YvU1XnUVxFQC&lpg=PT39&... http://books.google.com/books?id=9KwPofkJTHYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ngAVBYuRyb8C&pg=P...